27 Mei 2011

NOTA BAHASA MELAYU - KATA BILANGAN

KATA BILANGAN

1. MAKSUD :
Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jumlah.


2. JENIS KATA BILANGAN :

a. Kata bilangan tentu : Menunjukkan jumlah yang tepat.
Contoh : satu, dua, seratus, sejuta, tiga puluh tiga dan sebagainya.

b. Kata bilangan tak tentu : Menunjukkan bilangan yang tidak pasti jumlahnya.

Contoh : semua, banyak, ramai, pelbagai, berbagai-bagai, sekumpulan, sekawan dan lain-lain.

c. Kata bilangan pisahan : Kata bilangan yang menunjukkan sifat dipisahkan
Contoh : berdua-dua, ketiga-tiga, masing-masing, tiap-tiap

d. Kata bilangan tingkat : Menunjukkan maksud tempat
Contoh : pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.

e. Kata bilangan pecahan : Jumlah yang dinyatakan dalam pecahan.
Contoh : suku, separuh, tiga suku, dua per tiga dan sebagainya.




3. KONSEP KATA BILANGAN :

a. Kata bilangan jamak : Menunjukkan maksud jumlah lebih daripada satu.
Contoh : semua, beberapa, kebanyakan, pelbagai, berhari-hari dan sebagainya.

b. Kata bilangan tunggal : Menunjukkan maksud bilangan tunggal atau satu.
Contoh : satu, se




4. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN :
 a. Ada kata bilangan yang tidak boleh digandakan. (salah jika digandakan)

Salah:
-pelbagai-pelbagai hadiah diberi.
-para-para pelajar yang hadir.


Betul:
-pelbagai hadiah diberi.
-berbagai-bagai hadiah diberi.
-para pelajar yang hadir



b. Ada kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan/ ditunggalkan.

Salah:
-Dia ke sekolah pada tiap pagi.
-Berbagai cabaran telah ditempuh.


Betul:
-Dia ke sekolah pada tiap-tiap pagi.
-Dia ke sekolah pada setiap pagi.
-Berbagai-bagai cabaran telah ditempuh.
-Pelbagai cabaran telah ditempuh.



c. Kata bilangan berimbuhan ‘ber….’ Mesti digandakan.
Salah:
-Lori itu membawa berguni beras ke kilang.
-Sudah bertahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan air sejuk.


Betul:
-Lori itu membawa berguni-guni beras ke kilang.
-Sudah bertahun-tahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan-cawan air sejuk.



d. Jika kata bilangan sudah jamak, kata nama yang mengikutinya tidak boleh digandakan.
Salah:
-Banyak buku-buku yang disediakan di perpustakaan.
-Sekawan burung-burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan-ikan berjaya dipancing.


Betul:
-Banyak buku yang disediakan di perpustakaan.
-Sekawan burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan berjaya dipancing.


e. Jika kata bilangan berakhiran dengan ‘…….an’, kata nama juga tidak boleh digandakan.

Salah:
-Barisan pelakon-pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang-bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta-peserta mengambil bahagian pada malam ini.


Betul:
-Barisan pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta mengambil bahagian pada malam ini.




f. ‘Kata bilangan jamak’, tidak boleh disertai dengan ‘penjodoh bilangan’.
(kecuali : 'beberapa' dan kata bilangan tentu seperti 'tiga, empat, lima' dan sebagainya)


Salah:
-Semua ekor ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
-Kebanyakan orang pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.


Betul:
-Semua ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
-Kebanyakan pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.


Betul: - Beberapa ekor ikan, enam buah rumah dan sebagainya.


g. Jika kata bilangan jamak digunakan, kata adjektif bagi kata nama tidak boleh digandakan.

Salah:
-Banyak ikan yang besar-besar di kawasan hulu sungai itu.
-Semua pegawai di situ garang-garang dan sukar untuk ditemui.


Betul:
-Banyak ikan yang besar di kawasan hulu sungai itu.
-Semua pegawai di situ garang dan sukar untuk ditemui.


h. Kata bilangan jamak boleh digunakan untuk kata nama yang memang berganda.
Salah:
-Di kawasan sungai itu banyak kura.
-Ramai mata bertugas di tempat ini.


Betul:
-Di kawasan sungai itu banyak kura-kura.
-Ramai mata-mata bertugas di tempat ini.


i. Kata bilangan berimbuhan ‘ke….’ yang menunjukkan jumlah mestilah digandakan.
Salah:
-Polis berjaya membarkas kelima perompak itu.
-Kedua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.


Betul:
-Polis berjaya membarkas kelima-lima perompak itu.
-Kedua-dua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.





j. ‘Kata bilangan tentu’ (satu, dua, dan sebagainya) tidak boleh rapat dengan ‘kata bilangan pecahan’ ('suku, separuh, setengah). (letak objek antara kata bilangan ini)


Salah:
-Kami mengambil masa dua setengah hari untuk sampai di sini.
-Anda hanya diberi tempoh tiga suku jam untuk menyiapkan tugas ini.
-Masukkan satu suku sudu garam ke dalam masakan itu.


Betul:
-Kami mengambil masa dua hari setengah untuk sampai di sini.
-Anda hanya diberi tempoh tiga jam suku untuk menyiapkan tugas ini.
-Masukkan satu sudu suku garam ke dalam masakan itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

PELANTIKAN PENGAWAS

HARI GURU PADA 17 MEI 2010

DAFTAR TETAMU