13 Jun 2011

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011 TING 3


SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

BAHAGIAN A (i)
ISI-ISI PENTING
Langkah mengatasi masalah pemilikkan lebih daripada satu rumah murah
1. Kerajaan tempatan telah menggubal undang-undang untuk mendakwa pembeli tersebut di mahkamah.
2. Kerajaan akan merampas rumah tersebut dan pembeli itu akan didenda kerana menipu
3. Kerajaan mengesan pemilik terbabit melalui senarai pembelian yang disimpan oleh kerajaan negeri.
4. Meminta maklumat daripada orang ramai dengan membuat aduan sekiranya pembeli memiliki lebih daripada satu rumah murah.
5. Memberikan rumah murah kepada rakyat yang termiskin sahaja.
6. Tidak membenarkan pemilik rumah murah menyewakan rumah mereka kepada orang lain.
7. Cara menyelesaikan masalah ini dengan menggantikan tanah lot dengan rumah murah.

BAHAGIAN A (ii)

1. Maksud rangkai kata mencegah ialah menghalang. 2 markah
2. Antara tindakan yang telah diambil oleh kerajaan ialah
- menggubal undang-undang mendakwa pembeli tersebut 2 markah
- rumah tersebut akan dirampas dan pembeli tersebut akan didenda. 2 markah
3. Dua kesan sosial yang terdapat dikawasan rumah setinggan ialah
- masalah kecurian 2 markah
- masalah keruntuhan akhlak dikalangan golongan remaja. 2 markah

 
BAHAGIAN B
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Begitulah peribahasa yang selalu kita dengar bagi menerangkan konsep bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Bergotong-royong merupakan amalan mulia yang semakin terhakis pada zaman serba maju ini. Namun begitu, amalan ini harus diterapkan di kalangan rakyat negara ini khususnya golongan pelajar.
Bergotong-royong dapat mengeratkan tali persaudaraan di kalangan masyarakat. Aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan kawasan permainan kanak-kanak dapat menceriakan kawasan tersebut . Keselamatan kanak-kanak yang bermain di situ akan lebih terjamin sekiranya kawasan itu bersih.
Wabak denggi yang melanda negara berpunca daripada kawasan sekitar yang ditakungi air. Ini memberi peluang nyamuk Aedes untuk hidup. Dengan adanya gotong- royong membersihkan kawasan tersebut, demam denggi akan dapat dielakkan dan keselamatan masyarakat sekitar akan lebih terjamin.
Semangat bergotong-royong harus dipupuk sejak kecil lagi agar akan lahir satu masyarakat yang lebih bersatu-padu dan tidak mementingkan diri sendiri.

BAHAGIAN C
Cadangan  Isi Jawapan
 1)        Pendahuluan
Kata – kata aluan
Nyatakan tujuan memberi ceramah
Isi - isi:
-           Amalan berjimat – cermat tuntutan semua agama
-           Amalan berjimat -  cermat dapat menghindarkan kita daripada kesusahan
-           Amalan berjimat – cermat dapat mengelakkan diri daripada berhutang
Amalan berjimat – cermat dapat melatih diri supaya tidak bersikap tamak
Penutup:
-           Berjimat – cermat amalan yang mulia dan patut diamalkan

( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima )

2)         Pendahuluan:
-           Kemalangan jalan raya merupakan fenomena biasa
-           Berlaku pada bila – bila masa dan di mana – mana tempat
Isi – isi:
-           Memandu terlalu laju
-           Sikap pemandu yang tidak sabar
-           Kenderaan yang tidak diselenggera dengan betul
-           Memandu dalam keadaan mengantuk dan mabuk
-           Pengguna jalan raya mementingkan diri sendiri

Penutup:
-           Kesedaran pengguna mengutamakan keselamatan ketika di jalan raya mampu mengurangkan kemalangan jalan raya

( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima )

3)         Pendahuluan:
-           Tarikh/hari kejadian banjir kilat
Isi – isi:
-           Hujan tidak berhenti – henti selama 3 jam di ibu kota
-           Banjir kilat melanda beberapa kawasan di ibu kota
-           Premis – premis perniagaan ditenggalami air menyebabkan kerugian besar
-           Banyak kenderaan rosak akibat ditenggelami air
-           Keadaan menjadi kelam - kabut
-           Berlaku kesesakan lalu lintas kerana jalan raya ditenggelami air

Penutup:
-                      Banjir kilat menyebabkan kerugian

( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima )

4)         Pendahuluan:
-           Malaysia beriklim khatulistiwa
-           Amat sesuai untuk pelbagai jenis buah - buahan
Isi – isi:
-           Lebih segar jika dibandingkan dengan buah – buahan import
-           Mengandungi banyak bayak vitamin
-           Harga buah – buahan tempatan lebih murah
-           Buah – buahan tempatan mudah didapati
-           Buah – buahan tempatan tidak mengandungi bahan pengawet
Penutup:
-           Memakan buah – buahan tempatan dapat menjamin kesihatan seseorang
-           Meningkatkan ekonomi negara

( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima )

5)         Isi – isi:
-           Aku memandang keluar melalui tingkap bilikku
-           Aku melihat rumah jiranku Pak Dollah terbakar
-           Aku bergegas menelefon pihak bomba
-           Aku mengejutkan kedua ibu bapaku
-           Orang ramai datang menolong keluarga Pak Dollah
-           Pihak bomba datang tepat pada masanya
-           Rumah Pak Dollah tidak dapat diselamatkan
-           Api menyala begitu cepat
-           Bersyukur kerana keluarga Pak Dollah selamat
                                                   
( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima )

BAHAGIAN D
i)          Meniti Kaca:
a.         Sayangilah ibu bapa kita:
-           Nazar sangat menyayangi kedua ibu bapanya yang sakit
b)         Tabah menerima ketentuan Tuhan:
-           Nazar tabah dan akur menerima hakikat tentang pemergian kedua orang tuanya

( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima )

v)         Pahlawan Pasir Salak:
a.         Kita perlu berjuang mempertahankan negara daripada ancaman musuh:
-           Datuk Maharaja Lela bersama anak buahnya menentang campurtangan  Inggeris
b.         Sikap bekerjasama dan muafakat pasti membawa kejayaan:
-           Kerjasama penduduk kampung dengan Datuk Maharaja Lela berjaya menghapuskan ancaman Inggeris

( Isi-isi lain yang relevan boleh diterima )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PELANTIKAN PENGAWAS

HARI GURU PADA 17 MEI 2010

DAFTAR TETAMU